KARNIVAL LELONGAN AWAM PDTKP BIL 1/2020

KARNIVAL LELONGAN AWAM PDTKP BIL 1/2020

KUBANG PASU 06 Februari  – Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu telah mengadakan Karnival Lelongan Awam pada 06 Februari 2020 (Khamis) bertempat di Perkarangan Pejabat Tanah Kubang Pasu. Proses pendaftaran bagi lelongan bermula pada jam 10.00 pagi. Peguam dan Pemegang Gadaian yang hadir adalah seramai 11 orang dan Lelongan pada kali ini telah melibatkan 11 hartanah dan 8 mendapat tawaran. Proses Bidaan selesai pada jam 12.30 tengah hari.