KAUNTER BERGERAK KUTIPAN CUKAI TANAH PDT PENDANG

KAUNTER BERGERAK KUTIPAN CUKAI TANAH PDT PENDANG

PENDANG, 19 JANUARI 2020 – Pejabat Daerah dan Tanah Pendang telah mengadakan Kaunter Bergerak Kutipan Cukai Tanah pada 18 Januari 2020 (Sabtu) bertempat di Taman Sri Merbok, Tokai. Kaunter dibuka bermula pada jam 9.00 pagi sehingga jam 1.00 petang. Pembukaan kaunter pada hari tersebut telah mendapat sambutan orang ramai. Cenderamata akan diberikan kepada pembayar cukai yang membuat bayaran. Unit Hasil Pejabat Daerah dan Tanah Pendang juga telah mengadakan Kaunter Bergerak Kutipan Cukai Tanah di Perpustakaan Desa Kg. Lampam, Perpustakaan Desa Titi Akar dan Pekan Sehari Tanah Merah.