KAUNTER BERGERAK KUTIPAN CUKAI TANAH PEJABAT DAERAH DAN TANAH SIK
SIK,21 FEBRUARI 2024 – KAUNTER BERGERAK KUTIPAN CUKAI TANAH PEJABAT DAERAH DAN TANAH SIK
Program Kaunter Luar Kutipan Cukai Tanah Pejabat Daerah Dan Tanah Sik telah diadakan di Pejabat Penghulu Mukim Sok,Gulau pada 21 Februari 2024..
Kaunter bergerak ini dijalankan adalah bertujuan untuk memudahkan penduduk di kawasan sekitar bagi membuat semakan dan bayaran cukai tanah. Dalam pada itu, penduduk sekitar juga berpeluang untuk mengemukakan segala pertanyaan berkaitan dengan cukai tanah dan lain-lain urusan tanah.
Pihak Pejabat Daerah Dan Tanah Sik mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat yang menyediakan tempat untuk kutipan dan penduduk di kawasan sekitar yang hadir membuat pembayaran.