KAUNTER KUTIPAN CUKAI TANAH PEJABAT DAERAH DAN TANAH SIK

KAUNTER KUTIPAN CUKAI TANAH PEJABAT DAERAH DAN TANAH SIK

SIK, 30 APRIL 2024 (SELASA) –  𝗞𝗔𝗨𝗡𝗧𝗘𝗥 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗞𝗨𝗧𝗜𝗣𝗔𝗡 𝗖𝗨𝗞𝗔𝗜 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛
Program Kaunter Luar Kutipan Cukai Tanah Pejabat Daerah Dan Tanah Sik telah diadakan di Pondok RELA Pekan Selasa,Felda Teloi Timur pada 30 April 2024..
Kaunter bergerak ini dijalankan adalah bertujuan untuk memudahkan penduduk di kawasan sekitar bagi membuat semakan dan bayaran cukai tanah. Dalam pada itu, penduduk sekitar juga berpeluang untuk mengemukakan segala pertanyaan berkaitan dengan cukai tanah dan lain-lain urusan tanah.
Pihak Pejabat Daerah Dan Tanah Sik mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat yang menyediakan tempat untuk kutipan dan penduduk di kawasan sekitar yang hadir membuat pembayaran.
advanced-floating-content-close-btn