KEBERANGKATAN DULI YANG TERAMAT MULIA TUANKU RAJA MUDA KEDAH MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT
PENDANG, 22 November 2024 (Jumaat) – Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah, berkenan berangkat menunaikan Solat Jumaat di Masjid An-Nur, Kariah Sungai Jagung, Daerah Pendang, Kedah Darul Aman.
Keberangkatan tiba Tuanku pada jam 12.55 tengah hari disambut dengan penuh hormat oleh YBhg. Tuan Nasrun bin Dato’ Mohd Sheriff, AMK., BCK., Pegawai Daerah Pendang; Sahibus Samahah Dato’ Paduka Syeikh Fadzil bin Haji Awang, DPSS., DSDK., AMK., BCK., Mufti Negeri Kedah; YAA Dato’ Syeikh Haji Abd Rahman bin Haji Abdullah, DPMK., AMK., BCK., Ketua Hakim Syarie; Yang Berhormat Dato’ Ustaz Mohd Azam bin Abd Samat, DSSS., EXCO Pendidikan, Agama, Komunikasi, dan Penerangan; Wakil Ketua Polis Negeri Kedah; Yang Berbahagia Dato’ Syeikh Zakaria bin Othman, DSDK., AMK., Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah; Sahibus Fadhilah Tuan Syeikh Alwi bin Othman, Pegawai Agama Daerah Pendang; serta Yang Berusaha Encik Ramli bin Shafie, Imam Masjid An-Nur.
DYTM Tuanku juga turut berkenan mencemar duli dalam sesi bergambar bersama dif-dif jemputan, ahli kariah masjid, dan anak-anak mukim sebelum menunaikan Solat Jumaat. Khutbah bertajuk Ulama Pewaris Nabi disampaikan, menekankan peranan ulama dalam menyambung warisan ilmu Rasulullah S.A.W. serta pentingnya menghormati golongan ulama dalam menjaga keutuhan Islam.
DTYM Tuanku telah berangkat pulang pada jam 2.00 petang. Sesungguhnya DYTM Tuanku sangat dekat dihati rakyat Negeri Kedah dan ia melambangkan keprihatinan Tuanku terhadap institusi agama & kebajikan rakyat diseluruh pelosok negeri.
Turut hadir bagi memeriahkan majlis ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah), Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran), dan Penghulu-Penghulu Mukim Daerah Pendang.