KENYATAAN MAJLIS CABUTAN KERJA UNDI SECARA ONLINE DAERAH BANDAR BAHARU

KENYATAAN MAJLIS CABUTAN KERJA UNDI SECARA ONLINE DAERAH BANDAR BAHARU

KENYATAAN MAJLIS CABUTAN KERJA UNDI SECARA ONLINE

Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor di Daerah Bandar Baharu yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Perindustrian Pembinaan Malaysia (CIDB), mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan dan mempunyai Sijil Kontraktor Kerja Taraf Bumiputera  daripada Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dalam Gred G1, Kategori CE dan Pengkhususan CE06, CE21, CE36 serta telah berdaftar dengan Aplikasi iDAFTAR untuk menyertai tawaran berikut:-

 

MAJLIS CABUTAN KERJA UNDI SECARA ONLINE FASA 2 NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 2021

Majlis Cabutan Kerja Undi Online Fasa 2 Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2021 akan diadakan pada 27 April 2021 hingga 29 April 2021 bertempat di Dewan Perbendaharaan, Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah, Aras 3, Blok E, Wisma Darul Aman. Bagi kontraktor-kontraktor yang telah berdaftar dan membuat bayaran melalui Sistem Pendaftaran Kontraktor / Pembekal / Firma Rundingan secara atas talian (Aplikasi iDAFTAR) dan tidak berjaya dalam cabutan undi Fasa 1 Tahun 2021 adalah layak untuk memasuki kerja undi ini. Anda diminta untuk log masuk ke dalam Aplikasi iDAFTAR dan pilih butang “KERJA UNDI” mulai 21 April 2021, jam 12.01 Pagi hingga 11.59 Malam dan bayaran tambahan akan dikenakan sebanyak RM10.00. Mana-mana kontraktor yang belum berdaftar dengan Aplikasi iDAFTAR hendaklah mendaftar terlebih dahulu melalui url: https://idaftar.kedah.gov.my . Sila rujuk Panduan Pengguna terlebih dahulu dengan teliti sebelum mendaftar.

Tarikh dan masa cabutan undi bagi Daerah Bandar Baharu adalah seperti ketetapan berikut:-

Tarikh   : 28 April 2021

Masa     : 11.00 Pagi

Tempat : Facebook WARTA KEDAH

https://www.facebook.com/umkkedah

 

Iklan & Senarai Projek Cabut Undi Fasa 2