KONVOI KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG DAN KEMBARA JIWA MERDEKA PERINGKAT DAERAH PENDANG

KONVOI KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG DAN KEMBARA JIWA MERDEKA PERINGKAT DAERAH PENDANG

PENDANG, 06 Ogos 2024 (Sabtu) – Konvoi Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Kembara Jiwa Merdeka Peringkat Daerah Pendang telah diadakan sempena pembukaan bulan kemerdekaan.
Hadir bersama Yang Berbahagia Tuan Nasrun bin Dato’ Mohd Sheriff, AMK., BCK. Tuan Pegawai Daerah Pendang, Puan Norfazni binti Mustafa, BCK., Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Encik Zhafri bin Dato’ Haji Mohd Zohdi, Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Daerah) dan Cik A’in Shahira binti Abdul Wahab, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran dan Kewangan).
Konvoi Kempen Kibar Jalur Gemilang turut melibatkan beberapa buah kenderaan daripada pelbagai jabatan/agensi kerajaan serta orang awam yang turut memeriahkan program ini. Pengisian program adalah penyerahan bendera Jalur Gemilang kepada jabatan dan agensi yang terlibat. Seterusnya nyanyian lagu Jalur Gemilang beramai-ramai bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan dan cinta akan negara.
Jutaan terima kasih kepada jabatan dan agensi kerajaan / swasta mahupun orang awam yang terlibat bagi menjayakan kempen ini.
advanced-floating-content-close-btn