KUNJUNG HORMAT PEGAWAI DAERAH SIK SEMPENA PERSARAAN
SIK, KHAMIS (28.03.2024) –
ALOR SETAR – Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Khazali menerima kunjungan hormat Pegawai Daerah Sik, Mahamad Suhaimi Man di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.
Kunjungan hormat ini merupakan kunjungan rasmi terakhir beliau sebagai Pegawai Daerah Sik yang bersara wajib harini.
Suhaimi telah berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Negeri Kedah sejak 1995 dan kini akan bersara wajib setelah hampir 29 tahun 5 bulan dalam perkhidmatan awam.