KUNJUNGAN HORMAT PEJABAT DAERAH DAN TANAH KULIM KE KULIM HI-TECH PARK (KHTP)

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

KUNJUNGAN HORMAT PEJABAT DAERAH DAN TANAH KULIM KE KULIM HI-TECH PARK (KHTP)

 

KULIM, 05.08.2026 (Rabu) – Pejabat Daerah dan Tanah Kulim telah mengadakan kunjungan hormat ke Kulim Hi-Tech Park (KHTP) yang diketuai oleh Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal), En. Muhammad Ashyaraf bin Sulaiman, bersama delegasi PDTK.Ketibaan delegasi telah disambut oleh pihak Kulim Technology Park Corporation (KTPC) sebelum sesi taklimat mengenai perkembangan semasa KHTP disampaikan oleh En. Mustaffa Said, Ketua Pegawai Pelaburan KTPC. Taklimat tersebut memberi penerangan mengenai peranan KHTP sebagai hab industri berteknologi tinggi yang memainkan peranan penting dalam merangsang pertumbuhan ekonomi serta menarik pelaburan ke Negeri Kedah.Delegasi kemudiannya dibawa melawat ke KHTP Experience Centre (KXR) untuk meninjau galeri digital interaktif yang mempamerkan pembangunan KHTP, ekosistem industri berteknologi tinggi, teknologi terkini serta pelbagai inisiatif inovasi yang dilaksanakan.Seterusnya, kunjungan hormat ini turut menjadi platform bagi membincangkan potensi kerjasama strategik antara Pejabat Daerah dan Tanah Kulim (PDTK) dengan Kulim Technology Park Corporation (KTPC) dalam menjayakan Program Bakti Siswa Perdana Peringkat Daerah Kulim.Dalam perbincangan tersebut, PDTK telah mengusulkan agar para siswa yang menyertai program ini diberi peluang mengadakan lawatan ilmiah ke KTPC serta beberapa kilang dan industri yang beroperasi di Daerah Kulim. Inisiatif ini bertujuan memberi pendedahan kepada para siswa mengenai perkembangan sektor perindustrian dan ekosistem pelaburan yang menjadi pemacu pembangunan ekonomi daerah.Sepanjang program berlangsung, para siswa akan ditempatkan di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu DUN Merbau Pulas, DUN Lunas dan DUN Kulim.Pihak KTPC turut menyambut baik cadangan yang dikemukakan oleh delegasi PDTK dan menyatakan persetujuan untuk menjalin kerjasama dalam menjayakan program tersebut.Semoga kunjungan hormat ini menjadi platform yang bermakna dalam mengukuhkan hubungan kerjasama antara Pejabat Daerah dan Tanah Kulim dengan Kulim Technology Park Corporation (KTPC) dan jalinan kerjasama ini akan terus diperkasakan melalui pelbagai inisiatif dan kolaborasi strategik bagi menyokong pembangunan industri berteknologi tinggi serta pertumbuhan ekonomi yang mampan di daerah Kulim.
advanced-floating-content-close-btn