KURSUS PENGUKUHAN PASUKAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUBANG PASU

KURSUS PENGUKUHAN PASUKAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUBANG PASU

KUBANG PASU 28 Februari – Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu dengan kerjasama Institut Tadbiran Awam Negara Kampus Wilayah Utara (INTURA)telah mengadakan Kursus Pengukuhan Pasukan Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu pada 24 hingga 27 Februari 2020 (Isnin-Khamis) bertempat di INTURA. Seramai 40 orang kakitangan termasuk pegawai telah menyertai kursus tersebut.Kursus ini telah diuruskan oleh Unit Pengukuhan Pasukan yang diketuai oleh Encik Ramzi Akmal bin Hassan, Perunding Latihan.

Selama 4 hari 3 malam di INTURA, pelbagai aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan termasuk Ekprorasi Diri dan Kumpulan, “INCUBE”, Sinergi Kumpulan dan “The Battle”. Pada hari ketiga, Aktiviti Kembara (The Journey) telah dijalankan iaitu mengekplorasi Gua Gendang di Pengkalan Hulu, Perak.

Pada hari terakhir kursus, aktiviti Refleksi diadakan bagi mengimbau kembali aktivti-aktiviti yang telah dijalankan bersama kumpulan. Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Encik Ramzi Akmal bin Hassan, Perunding Latihan. Upacara perasmian penutup disampaikan oleh Encik Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK (Ketua Penolong Pegawai Dearah Kanan (Pengurusan Tanah)).  Kemudian diteruskan dengan penyampaian Sijil Penyertaan kepada para peserta dan pegawai.