LAWATAN DYTM TUANKU RAJA MUDA KEDAH DAN DYTM TUANKU RAJA PUAN MUDA KEDAH PERKENAN KE SUNGAI PIAL TANJUNG DAWAI
KUALA MUDA, 08 Januari 2026 (Khamis) – Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah dan Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda binti Mohamad Ariff, Tuanku Raja Puan Muda Kedah perkenan berangkat menziarahi sepasang warga emas di Tanjung Dawai Kuala Muda Kedah Darul Aman yang terkesan akibat isu penyalahgunaan dadah oleh cucu mereka.
DYTM Tuanku berdua menzahirkan rasa simpati serta menghargai keberanian pasangan berkenaan melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa serta bertitah agar keluarga lain yang berdepan situasi sama tidak takut mengambil tindakan sedemikian demi kebaikan ahli keluarga dan masyarakat.
DYTM Tuanku Raja Muda Kedah turut bertitah bahawa usaha memutuskan kitaran penyalahgunaan dadah ini menuntut pengorbanan perasaan serta sokongan berterusan daripada semua pihak termasuk masyarakat dan agensi berkaitan.
Turut hadir bersama dengan lawatan ini ialah Pegawai Daerah Kuala Muda Tuan Azmin Bin Zainol Abidin, Ketua Polis Daerah Kuala Muda YDH ACP Hanyan Bin Ramlan, Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan, Pegawai-Pegawai Negeri, Penghulu-Penghulu Mukim dan Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.




Views Today : 2870
Total views : 4251495



