LAWATAN TUAN PEGAWAI DAERAH KULIM KE RUMAH AMAL KULIM

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

LAWATAN TUAN PEGAWAI DAERAH KULIM KE RUMAH AMAL KULIM

 

KULIM,12/08/2025 (SELASA) – Tuan Pegawai Daerah Kulim telah melawat Rumah Amal Kulim pagi ini. Lawatan ke rumah Amal Kulim telah disambut oleh Puan Zarina binti Md. Noor (Pengetua Rumah Amal Kulim) dan para Kakitangan dan para Sukarelawan Rumah Amal Kulim.
Rumah Amal Kulim ini berperanan untuk menjaga kebajikan kanak – kanak istimewa dan juga menyediakan latihan kemahiran seperti berkebun, memasak dan lain – lain. Rumah Amal Kulim ini juga menerima sumbangan dalam bentuk wang tunai atau barangan keperluan seperti makanan, peralatan sekolah serta barangan keperluan yang lain.
Semoga dengan sumbangan ikhlas anda semua dapat memberi semangat dan juga meningkatkan semangat para pelajar dan kanak -kanak istimewa ini dan seterusnya dapat membantu meringankan kebabanan keluarga mereka.
advanced-floating-content-close-btn