LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH KE DAERAH PADANG TERAP BAGI TAHUN 2023

LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH KE DAERAH PADANG TERAP BAGI TAHUN 2023

PADANG TERAP – 17 Julai 2023, Isnin  –  Lawatan Kerja YB Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah ke Daerah Padang Terap pada hari ini dimulakan dengan Majlis Penyampaian Amanat Kepada Penjawat Awam Daerah Padang Terap yang berlangsung di Dewan Tunku Putra, Kuala Nerang.
Yang Berhormat Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dalam amanat beliau menekankan kepada semua penjawat awam untuk menerapkan unsur good governance dalam diri mereka. Good governance merangkumi Speed, Responsive, Flexible, Knowldege dan Efficiency di dalam melaksanakan tugasan harian bagi mengangkat mutu penjawat awam dan meningkatkan produktiviti kerja.
Lebih 300 orang penjawat awam daripada pelbagai jabatan dan agensi Daerah Padang Terap telah hadir ke majlis ini.
Usai majlis penyampaian amanat, sesi Taklimat Pembangunan Daerah Padang Terap yang disampaikan oleh YBhg. Tuan Pegawai Daerah Padang Terap, Tuan Azmin bin Zainol Abidin telah dijalankan di Bilik Mesyuarat Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap.
Pada sebelah petang, YB Dato’ Seri turut membuat lawatan tapak ke Jambatan Kg. Seberang, Mukim Batang Tunggang Kanan sebelum melawat ke sekitar Tasik Pedu bagi melihat potensi pelancongan Daerah Padang Terap.
Turut serta dalam lawatan kerja ini ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pembangunan), YBhg. Dato’ Haji Mohd Fauzi Bin Mustaffa, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pengurusan), YBhg. Dato’ Haji Syed Khairol Anuar Bin Syed Abidin, Pegawai Tadbir Negeri Kedah, Penghulu-Penghulu Mukim, pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Padang Terap serta Majlis Daerah Padang Terap.
                         
    N1022
advanced-floating-content-close-btn