LAWATAN KERJA YB MENTERI EKONOMI KE MESIN LAYAN DIRI IPR INSAN DI KTMB SUNGAI PETANI
KUALA MUDA, 07 Mei 2026 (Khamis) – Menteri Ekonomi YBM Tuan Haji Akmal Nasrullah Bin Mohd Nasir telah melakukan Lawatan Kerja YB Menteri Ekonomi Ke Mesin Layan Diri IPR Insan Di KTMB Sungai Petani Kedah Darul Aman.
Lawatan ini adalah bertujuan untuk meninjau pelaksanaan program IPR-INSAN di lapangan serta mendapatkan maklum balas secara terus berkaitan keberkesanan pelaksanaan program kepada peserta dan komuniti setempat.
Turut hadir bersama dengan lawatan ini ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Makro) Kementerian Ekonomi YBhg. Dato’ Ts V. Valluvan Veloo, Penolong Pengarah Kementerian Ekonomi Puan Zunairah Binti Bukhari, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) En. Ridzuan Bin Mohd Rashid, Pegawai Lapangan IPR Daerah Kuala Muda En. Mohamad Faris Farhan Bin Ismail, Wakil NCER dan Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.



Views Today : 2208
Total views : 4477008



