LAWATAN KERJA YBHG. DATO’ PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH KE PEJABAT DAERAH DAN TANAH SIK

LAWATAN KERJA YBHG. DATO’ PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH KE PEJABAT DAERAH DAN TANAH SIK

SIK, 24 MAC 2024 (AHAD) –
YBhg. Dato’ Haji Mohd Shahadan bin Haji Abdullah, Pengarah PTG telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Daerah Dan Tanah Sik bersama barisan pegawai serta ketua-ketua unit PTG Kedah. Lawatan kerja ini disambut dengan penuh mesra oleh Tuan Pegawai Daerah serta seluruh warga kerja PDT Sik.
Matlamat utama lawatan ini diadakan adalah untuk membincangkan isu-isu Pentadbiran Tanah di Daerah Sik disamping berkongsi pendapat dan maklumat bagi tujuan penambahbaikan secara keseluruhannya.