LAWATAN YAB MENTERI BESAR KEDAH KE MAAHAD TAHFIZ AL QURAN LORONG ALIF

LAWATAN YAB MENTERI BESAR KEDAH KE MAAHAD TAHFIZ AL QURAN LORONG ALIF

KUBANG PASU – Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) mengiringi YAB Menter Besar Kedah melawat Maahad Tahfiz di Lorong Alif Jitra yang mengalami kebakaran pada 20 September 2020(Ahad).Alhamdulillah tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku dan YAB Menter Besar Kedah berbesar hati menyampaikan sumbangan awal berupa wang dan peralatan kepada pihak madrasah. Maahad ini dibuka lebih dari 30tahun, didirikan di atas tanah yang diwakaf oleh individu. Kini, dalam proses mendirikan kompleks pengajian yang baharu di atas tapak wakaf Majlis Agama yang jaraknya berdekatan sahaja.
Madrasah ini mempunyai seramai 154 orang murid dari pelbagai negara. Selain dari Malaysia, ada Indonesia, Thailand, Uzbek, Kazahks dan Rusia.