Lawatan Pegawai Daerah Bandar Baharu ke Pusat Pemindahan Banjir di Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil Ulu

Lawatan Pegawai Daerah Bandar Baharu ke Pusat Pemindahan Banjir di Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil Ulu

Pegawai Daerah Bandar Baharu, Encik Mohamad Subhi bin Abdullah AMK., BCK. meluangkan masa untuk melawat 6 keluarga mangsa banjir kilat di SK Sungai Kechil Ulu, Mukim Bagan Samak dan menyalurkan bantuan kepada mangsa terbabit.

Turut hadir bersama-sama ialah YB Dato’ ADUN Bandar Baharu dan Penghulu Mukim Bagan Samak serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Bandar Baharu.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang bersama-sama membantu mangsa banjir terbabit dan diharapkan mangsa-mangsa tabah menghadapi musibah yang berlaku.