Lawatan Pemantauan Prestasi Pelaksanaan Projek-projek Tahun 2020

Lawatan Pemantauan Prestasi Pelaksanaan Projek-projek Tahun 2020

11 November 2020 (Rabu)
Lawatan Pemantauan Prestasi Pelaksanaan Projek-projek Tahun 2020 Serta Lawatan Tapak Bagi Cadangan Perancangan Projek-projek Tahun 2021 Daerah Bandar Baharu.
Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu bersama-sama Penolong Pengarah BPEN Seksyen Bajet & Projek (P.04), Mohd Afiq Bin Azizi mengadakan lawatan turun padang bagi meninjau prestasi pelaksanaan projek-projek yang diluluskan bagi tahun 2020 dan cadangan projek-projek baru bagi tahun 2021 di sekitar Daerah Bandar Baharu.
Antara projek-projek yang dilawati termasuklah Gelanggang Futsal Lubuk Buntar yang kini sedang dalam peringkat akhir pelaksanaan dan dijangka siap dalam tempoh terdekat .
Selain itu, lawatan tapak turut diadakan di Dewan Seri Serdang, Dewan Seri Tasik, Tasik Pentadbiran, Tasik Serdang, Kompleks Pentadbiran Daerah Bandar Baharu dan Padang Awam Bandar Baharu .
Turut serta bersama-sama dalam lawatan ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) dan Penolong Jurutera Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu .
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Kedah atas segala peruntukan yang disalurkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu sepanjang tahun 2020 .
🖱Portal      : https://webpdt.kedah.gov.my
💻Facebook: https://www.facebook.com/pdtbbserdang