LAWATAN PERSEDIAAN PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN (PICK) REMAJA DI SMK SERDANG BARU, BANDAR BAHARU, KEDAH

21 SEPTEMBER 2021 (SELASA)
Pegawai Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., selaku Pengarah CITF Daerah Bandar Baharu mengadakan lawatan ringkas bagi meninjau persediaan dan persiapan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja yang akan diadakan di SMK Serdang Baru pada 22 September 2021 (Rabu).
Seramai 328 orang pelajar dari SMK Serdang Baru dan SMK Serdang (tidak termasuk pelajar walk in) dijangka hadir menerima suntikan vaksin Pfizer dalam program immunisasi ini.
Lawatan ringkas ini bertujuan menyelaras segala persediaan logistik dan sumber manusia diperlukan bagi memastikan kelancaran program yang akan berlangsung esok.
Turut serta dalam lawatan ini ialah Dr Idah Binti Mohamed (Pegawai Perubatan Klinikal dan Pentadbiran PKD BB), Guru Penolong Kanan dan Kaunselor SMK Serdang Baru, Penghulu Mukim Serdang dan wakil dari Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu (PKD BB).