LAWATAN TUAN PEGAWAI DAERAH KE MUZIUM SUNGAI BATU

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

LAWATAN TUAN PEGAWAI DAERAH KE MUZIUM SUNGAI BATU

KUALA MUDA, 25 Oktober 2025 (Sabtu) – Pegawai Daerah Kuala Muda Tuan Azmin Bin Zainol Abidin telah membuat lawatan ke Muzium Sungai Batu Sungai Petani Kedah Darul Aman.
Lawatan ini bertujuan mengenal pasti kepentingan Tapak Arkeologi Sungai Batu sebagai aset warisan sejarah pelancongan utama di Daerah Kuala Muda dan memperoleh maklumat serta pemahaman mendalam mengenai usaha pemuliharaan, penyelidikan dan pembangunan muzium oleh pihak berkaitan serta mewujudkan hubungan kerjasama antara Pejabat Daerah dengan pihak Muzium Arkeologi bagi memperkukuh pelan pembangunan pelancongan berasaskan warisan.
Selain itu juga menilai potensi kawasan Sungai Batu sebagai destinasi pelancongan pendidikan dan warisan yang dapat memberi impak ekonomi kepada masyarakat setempat bahkan mengenal pasti sokongan dan tindakan susulan yang boleh diambil oleh pihak pentadbiran daerah dalam memperkasakan sektor pelancongan sejarah di Kuala Muda.
Turut hadir bersama dengan lawatan ini ialah Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara Encik Mohamad Muda Bin Bahadin, Penghulu Mukim Bujang En. Hamdan Bin Yahya, Wakil Pegawai Jabatan dan Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.
advanced-floating-content-close-btn