LAWATAN TUAN PEGAWAI DAERAH KUALA MUDA KE JABATAN PENJARA MALAYSIA SEBERANG PERAI PULAU PINANG
KUALA MUDA, 13 Ogos 2025 (Rabu) – Lawatan Tuan Pegawai Daerah Kuala Muda Tuan Azmin Bin Zainol Abidin ke Jabatan Penjara Malaysia Seberang Perai Pulau Pinang. Lawatan ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan hubungan silaturahim dan jaringan kerjasama antara Pejabat Daerah Kuala Muda dan Jabatan Penjara Malaysia, Seberang Perai serta mendapatkan pengetahuan dan pendedahan berkenaan fungsi, operasi serta pengurusan institusi penjara.
Selain itu, tujuan lawatan ini juga berkongsi pengalaman, pandangan dan amalan terbaik yang boleh dimanfaatkan di peringkat daerah dan meneroka peluang kerjasama dalam program pembangunan komuniti pemulihan banduan.

