LAWATAN YANG BERBAHAGIA PEGAWAI DAERAH BANDAR BAHARU KE KG BATU 22 LUBUK BUNTAR

LAWATAN YANG BERBAHAGIA PEGAWAI DAERAH BANDAR BAHARU KE KG BATU 22 LUBUK BUNTAR

Yang Berbahagia Dato’ Haji Elmi Bin Yusoff Pegawai Daerah Bandar Baharu telah mengadakan lawatan ke Kampung Batu 22 Lubuk Buntar, Mukim Bagan Samak.

Turut mengiringi Yang Berbahagia Dato’ ialah Penghulu Mukim Bagan Samak Encik Muhammad Fazil bin Ahmad.

Tujuan lawatan ialah melihat kerosakan culvert yang menyebabkan jalan rosak hingga menyukarkan pergerakan penduduk. Yang Berbahagia Dato’ Pegawai Daerah telah mengarahkan tindakan susulan diambil segera bagi menyelesaikan isu tersebut.