LELONGAN AWAM PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUBANG PASU (DISEMBER)
KUBANG PASU 31 Dis – Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu telah mengadakan Lelongan Awam pada 31 Disember 2020 (Khamis) bertempat di Perkarangan Pejabat Tanah Kubang Pasu. Proses pendaftaran bagi lelongan bermula pada jam 10.00 pagi. Peguam dan Pemegang Gadaian yang hadir adalah seramai 3 orang.Lelongan pada kali ini telah melibatkan 3 hartanah dan mendapat satu tawaran. Proses Bidaan selesai pada jam 11.30 pagi.