Lelongan Awam Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu

Lelongan Awam Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu

  


KUBANG PASU 14 Nov– Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu telah mengadakan Lelongan Awam pada 14 November 2019 (Khamis) bertempat di Perkarangan Pejabat Tanah Kubang Pasu. Proses pendaftaran bagi lelongan bermula pada jam 10.00 pagi. Peguam dan Pemegang Gadaian yang hadir adalah seramai 9 orang.Lelongan pada kali ini telah melibatkan 11 hartanah dan tidak mendapat sebarang tawaran. Proses Bidaan selesai pada jam 12.30 tengah hari.