LESEN HIBURAN

LESEN HIBURAN

Soalan :
1. Saya ingin mengadakan pementasan wayang kulit, bilakah permohonan lesen harus dibuat ?

Jawapan :
Pementasan wayang kulit termasuk di dalam Lesen Hiburan – Tiada Premis. Pemohon harus memohon lesen hiburan tersebut 3 bulan awal dariapada tarikh pertunjukan bagi memudahkan segala urusan.

Soalan :
2. Berapa lamakah masa yang diambil untuk mendapatkan kelulusan bagi sesuatu lesen yang dipohon ?

Jawapan :
Setiap permohonan lesen samada yang mempunyai premis atau tiada akan melalui beberapa proses sebelum kelulusan dapat diberikan. Proses-proses yang terlibat adalah seperti berikut :

a. Penerimaan permohonan – Semakan akan dibuat bagi memastikan borang dan dokumen lengkap diisi.
b. Membuat surat rujukan kepada jabatan teknikal. Jabatan teknikal yang terlibat ialah MPSPK, Ibu Pejabat Polis Daerah, Jabatan Tenaga Kerja Daerah serta Balai Bomba dan Penyelamat.
c. Menerima ulasan daripada jabatan teknikal.
d. Mengadakan mesyuarat ( Lesen Hiburan – Premis ).
e. Keputusan dibuat oleh Pegawai Daerah.
f. Keluarkan Surat Kelulusan dan Lesen Hiburan.

Soalan :
3. Bilakah masa yang sesuai untuk membuat bayaran bagi memperbaharui Lesen Hiburan
– Premis ?

Jawapan :
Bagi memperbaharui Lesen Hiburan – Premis, pemohon diminta menjelaskan bayaran sebelum tarikh akhir lesen berkenaan seboleh-bolehnya seminggu awal daripada tarikh akhir.