MAJLIS APRESIASI PEJABAT TANAH DAERAH KUBANG PASU TAHUN 2019

MAJLIS APRESIASI PEJABAT TANAH DAERAH KUBANG PASU TAHUN 2019

KUBANG PASU 24 Dis – Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu telah mengadakan  Apresiasi Pejabat Tanah Daerah Kubang Pasu Tahun 2019 pada 23 Disember 2019 (Isnin) bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Tanah Kubang Pasu. Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Hj.Hasanudin bin Samsudin (Pegawai Khas YAB MB ADUN Jitra), Encik Khairil (Pegawai Tugas-tugas Khas YAB MB). Majlis bermula pada jam 3.00 petang dengan ucapan oleh Dato’ Pegawai Daerah, Dato’ Haji Mohd Fisol Bin Md Noh, D.S.D.K., SDK,.AMK.,BCK.. Majlis diteruskan dengan penyampaian baju korporat, jaket dan jersi kepada semua pegawai dan kakitangan Pejabat Tanah Daerah Kubang Pasu.