MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI PEJABAT DAERAH DAN TANAH BANDAR BAHARU, MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU & PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH BANDAR BAHARU

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI PEJABAT DAERAH DAN TANAH BANDAR BAHARU, MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU & PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH BANDAR BAHARU

18 MAY 2023 ( KHAMIS )

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu, Majlis Daerah Bandar Baharu dan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah diadakan di Dewan Seri Serdang, Serdang, Kedah Darul Aman bermula jam 12.00 tengah hari sehingga 3.00 petang.
Majlis Jamuan dihadiri oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu Yang Berbahagia Dato’ Haji Elmi Bin Yusoff, Tuan Mohamad Izwan Bin Dato’ Paduka Mohd Omar Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Cik Siti Nur Atikah Bt Moktar Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran), Penghulu-Penghulu Mukim serta kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Bandar Baharu, kakitangan Majlis Daerah Bandar Baharu dan Ahli Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.
Turut menghadiri Majlis Jamuan ini Ketua-Ketua Jabatan, Wakil-Wakil Ketua Jabatan, Exco Negeri Kedah, serta seluruh Jabatan Daerah Bandar baharu.
Terdapat 12 gerai makanan yang menyediakan pelbagai jenis makanan antaranya nasi minyak, ketupat, bihun sup, laksa, kuih muih, air balang dan banyak lagi. Kehadiran jemputan dianggarkan seramai 500 orang.
Majlis jamuan Berjaya diadakan dengan jayanya. Semua tetamu berpuashati dengan hidangan yang disediakan.