MAJLIS PENGURNIAAN DAN SUMBANGAN AIDILFITRI YAYASAN ANAK-ANAK YATIM SULTANAH HAMINAH BAGI SESI TAHUN 2023

MAJLIS PENGURNIAAN DAN SUMBANGAN AIDILFITRI YAYASAN ANAK-ANAK YATIM SULTANAH HAMINAH BAGI SESI TAHUN 2023

PENDANG – 11 APRIL 2023- Majlis Pengurniaan dan Sumbangan Aidilfitri ini berlangsung pada jam 11.15 pagi di Pejabat Daerah dan Tanah Pendang. Majlis ini diserikan lagi dengan keberangkatan Yang Maha Mulia Che Puan Besar Kedah Darul Aman Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun, D.M.N., D.K., D.K.H., D.M.K., Grand Cordon of the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao(Thailand), Grand Cordon of the Order of the Precious Crown(Japan).

Majlis turut diberkati dengan bacaan doa oleh Yang Berbahagia Tuan Pegawai Agama Daerah Pendang, Sheikh Mohd Sayuthi bin Abdullah,BCK. dan disusuli dengan ucapan aluan oleh Tuan Pegawai Daerah Pendang, Encik Nasrun bin Dato’ Mohd Sheriff,AMK,.BCK.
Penyerahan Sumbangan Aidilfitri ini telah disempurnakan oleh Yang Maha Mulia Che Puan Besar Kedah Darul Aman Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun, D.M.N., D.K., D.K.H., D.M.K., Grand Cordon of the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao(Thailand), Grand Cordon of the Order of the Precious Crown(Japan) kepada 20 orang penerima yang terdiri daripada anak-anak yatim dari semua (7) tujuh mukim di Daerah Pendang. Sumbangan yang diberikan kepada penerima sumbangan merupakan hamper, wang tunai, baju raya dan kurma.
Turut bersama-sama dalam majlis ini ialah Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pengurusan Tanah), Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Daerah), Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran), Penghulu-Penghulu Mukim, Pegawai-pegawai dari Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah serta kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Pendang.
Menjunjung Kasih Yang Maha Mulia Che Puan Besar Kedah Darul Aman Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun, D.M.N., D.K., D.K.H., D.M.K., Grand Cordon of the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao(Thailand), Grand Cordon of the Order of the Precious Crown(Japan) atas pengurniaan dan sumbangan yang diberikan.