MAJLIS PENGURNIAAN DAN SUMBANGAN PERSEKOLAHAN SERTA AIDILFITRI YAYASAN ANAK – ANAK YATIM SULTANAH HAMINAH BAGI SESI TAHUN 2024 DAERAH BANDAR BAHARU, KEDAH DARUL AMAN

MAJLIS PENGURNIAAN DAN SUMBANGAN PERSEKOLAHAN SERTA AIDILFITRI YAYASAN ANAK – ANAK YATIM SULTANAH HAMINAH BAGI SESI TAHUN 2024 DAERAH BANDAR BAHARU, KEDAH DARUL AMAN

27 Februari 2023( SELASA )
Majlis Pengurniaan dan Sumbangan Persekolahan serta Aidilfitri Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah bagi Sesi Tahun 2024 Daerah Bandar Baharu telah diadakan di The Event Hall ( Dewan Seri Tasik ) Serdang, Kedah pada jam 11.30 Pagi.
Majlis Pengurniaan dan Sumbangan Persekolahan serta Aidilfitri Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah bagi Sesi Tahun 2024 Daerah Bandar Baharu disempurnakan oleh Yang Maha Mulia Tuanku Hajah Haminah Binti Haji Hamidun, Che Puan Besar Kedah.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Sheikh Mohd Fadhil Bin Ab.Rahman Pegawai Agama Daerah Bandar Baharu dan disusuli dengan ucapan aluan oleh Yang Berbahagia Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK.,BCK.Pegawai Daerah Bandar Baharu.
Majlis diteruskan dengan penyerahan bantuan untuk persekolahan dan Aidilfitri yang berupa Set kelengkapan baju sekolah, baju raya, hamper dan sumbangan wang tunai. Seramai 30 orang penerima yang terdiri daripada murid-murid dan pelajar sekolah di sekitar Daerah Bandar Baharu.
Turut bersama-sama dalam majlis ini ialah Tuan Haji Rosli Bin zainal ( Pengurus YAYSH ), ASP Roslan Bin Mat Timbalan Ketua Polis Bandar Baharu, Tuan Fauzul Fitri bin Datoโ€™ Haji Abdul Rahman Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah), Tuan Mohamad Izwan Bin Dato’ Paduka Mohd Omar Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Daerah)Tuan Zulfadzrin Bin Noor Din, Cik Siti Nur Atikah Bt Moktar Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran), Penghulu-Penghulu Mukim serta kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Bandar Baharu.
Menjunjung Kasih Yang Maha Mulia Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun, Che Puan Besar Kedah atas pengurniaan dan sumbangan yang diberikan.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua Jabatan yang berkaitan , seluruh warga kerja Majlis Daerah Bandar Baharu serta Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu yang terlibat dalam menjayakan majlis.