MAJLIS PENGURNIAAN DAN SUMBANGAN PERSEKOLAHAN YAYASAN ANAK-ANAK YATIM SULTANAH HAMINAH BAGI SESI 2022 DAERAH BANDAR BAHARU

MAJLIS PENGURNIAAN DAN SUMBANGAN PERSEKOLAHAN YAYASAN ANAK-ANAK YATIM SULTANAH HAMINAH BAGI SESI 2022 DAERAH BANDAR BAHARU

21 MAC 2022 (ISNIN)

MAJLIS PENGURNIAAN DAN SUMBANGAN PERSEKOLAHAN YAYASAN ANAK-ANAK YATIM SULTANAH HAMINAH BAGI SESI 2022 DAERAH BANDAR BAHARU
Majlis Pengurniaan dan Sumbangan Persekolahan ini berlangsung di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu yang diserikan lagi dengan keberangkatan Yang Maha Mulia Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun, Che Puan Besar Kedah.
Majlis turut diberkati dengan bacaan doa oleh Yang Berbahagia Tuan Pegawai Agama Daerah Bandar Baharu dan disusuli dengan ucapan aluan oleh Tuan Mohd Fauzul Fitri bin Dato’ Haji Abdul Rahman, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah) yang mewakili Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu.
Penyerahan sumbangan persekolahan ini telah disempurnakan oleh Yang Maha Mulia Che Puan Besar Kedah kepada 20 orang penerima yang terdiri daripada anak-anak yatim dari semua enam mukim di Daerah Bandar Baharu.
Turut bersama-sama dalam majlis ini ialah Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah, Pengurus Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah, Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran), Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Daerah), Ketua-ketua jabatan daerah yang berkaitan, Penghulu-Penghulu Mukim, Pegawai-pegawai dari Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah serta kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.
Menjunjung Kasih Yang Maha Mulia Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun atas pengurniaan dan sumbangan yang diberikan.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua jabatan-jabatan berkaitan, seluruh warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu dan Majlis Daerah Bandar Baharu yang terlibat dalam menjayakan majlis yang bermakna ini.