MAJLIS PENGURNIAAN DAN SUMBANGAN PERSEKOLAHAN YAYASAN ANAK-ANAK YATIM SULTANAH HAMINAH BAGI SESI TAHUN 2024

MAJLIS PENGURNIAAN DAN SUMBANGAN PERSEKOLAHAN YAYASAN ANAK-ANAK YATIM SULTANAH HAMINAH BAGI SESI TAHUN 2024

27 Januari 2024 (Selasa), Pendang – Majlis Pengurniaan dan Sumbangan Persekolahan Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah bagi Sesi Tahun 2024 ini berlangsung pada jam 11:00 pagi di Pejabat Daerah dan Tanah Pendang. Majlis bermula dengan kehadiran penerima sumbangan persekolahan bagi sesi tahun 2024. Majlis ini diserikan lagi dengan keberangkatan tiba Yang Maha Mulia,Che Puan Besar Hajah Haminah binti Haji Hamidun, D.M.N., D.K., D.K.H., D.M.K. (Grand Cordon of The Order of the Precious Crown (Japan), Knight Grand Cross (First Class) of The Most Illustrious Order of Chula Chom Klao (Thailand) pada jam 12: 00 tengah hari.
Majlis turut diberkati dengan bacaan doa oleh Yang Berbahagia Tuan Pegawai Agama Daerah Pendang, Sheikh Alwi bin Othman dan disusuli tayangan montaj oleh Pihak Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah.
Majlis diteruskan lagi dengan Ucapan Aluan oleh Tuan Pegawai Daerah Pendang, Encik Nasrun bin Datoโ€™ Mohd Sheriff,AMK,.BCK.
Penyerahan Sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Yang Maha Mulia,Che Puan Besar Hajah Haminah binti Haji Hamidun, D.M.N., D.K., D.K.H., D.M.K. (Grand Cordon of The Order of the Precious Crown (Japan), Knight Grand Cross (First Class) of The Most Illustrious Order of Chula Chom Klao (Thailand) kepada 30 orang penerima iaitu 14 orang lelaki dan 16 orang perempuan. Penerima-penerima bantuan tersebut terdiri daripada anak-anak yatim dari semua (7) tujuh mukim di Daerah Pendang. Sumbangan yang diberikan kepada penerima sumbangan berupa wang tunai, baju raya, barangan sekolah dan hamper.
Majlis diakhiri dengan sesi persembahan cenderakenangan kepada Yang Maha Mulia,Che Puan Besar Kedah Darul Aman serta sesi bergambar bersama Yang Maha Mulia,Che Puan Besar Kedah Darul Aman bersama Penerima Sumbangan, Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Pendang dan Barisan Pelajar Praktikal Pejabat Daerah dan Tanah Pendang
Turut bersama-sama dalam majlis ini ialah Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pengurusan Tanah), Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Daerah), Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran dan Kewangan), Penghulu-Penghulu Mukim, Pegawai-pegawai dari Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah serta Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Pendang.
Menjunjung Kasih Yang Maha Mulia,Che Puan Besar Hajah Haminah binti Haji Hamidun, D.M.N., D.K., D.K.H., D.M.K. (Grand Cordon of The Order of the Precious Crown (Japan), Knight Grand Cross (First Class) of The Most Illustrious Order of Chula Chom Klao (Thailand) atas pengurniaan dan sumbangan yang diberikan.
ย ย ย