MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN KASIH AIDILFITRI DAERAH PADANG TERAP TAHUN 2023

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN KASIH AIDILFITRI DAERAH PADANG TERAP TAHUN 2023

13 APRIL 2023 | 22 RAMADAN 1444H (KHAMIS)

Majlis Penyampaian Sumbangan Kasih Aidilfitri Daerah Padang Terap bagi tahun 2023 telah diadakan di Masjid Ar-Rayyan, Felda Bukit Tembaga selepas solat tarawih malam tadi.

Tuan Azmin bin Zainol Abidin, Pegawai Daerah Padang Terap telah menyampaikan Sumbangan Aidilfitri berupa wang tunai serta pek makanan kepada 30 penerima terpilih di Daerah Padang Terap.

Beliau turut menyampaikan saguhati kepada Tuan Haji Muhammad Abdul Kadir, Imam Masjid Ar Rayyan, Felda Bukit Tembaga, atas kesudian menjadi tuan rumah bagi acara yang julung kalinya diadakan itu.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Encik Iman Hazwan bin Abdul Halim, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Kanan) Pejabat Daerah Dan Tanah Padang Terap, Encik Muhammad Nur Ihsan bin Yahaya, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Pejabat Daerah Dan Tanah Padang Terap, Penghulu-Penghulu Mukim, AJK dan pegawai Masjid serta jemaah masjid kariah Felda Bukit Tembaga.