MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN PEMBAIKAN RUMAH YANG TERJEJAS AKIBAT BENCANA KEBAKARAN DAN RIBUT DI MUKIM SERDANG DAN BAGAN SAMAK DAERAH BANDAR BAHARU

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN PEMBAIKAN RUMAH YANG TERJEJAS AKIBAT BENCANA KEBAKARAN DAN RIBUT DI MUKIM SERDANG DAN BAGAN SAMAK DAERAH BANDAR BAHARU

05 DISEMBER 2023 (SELASA)
Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK.,BCK. membuat penyerahan sumbangan bantuan tunai kepada mangsa-mangsa yang terjejas akibat Bencana kebakaran yang berlaku pada 13 September 2022 dan Bencana ribut yang berlaku pada April 2023 yang lalu, di Mukim Serdang Dan Mukim Bagan Samak.
Seramai 29 Ketua Isi Rumah( KIR ) menerima bantuan tunai tersebut pada sesi penyerahan ringkas yang berlangsung pada jam 10.30 pagi yang diadakan di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Dan Tanah Bandar Baharu.
Turut hadir dalam sesi penyerahan ringkas ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Tuan Mohamad Izwan Bin Dato’ Paduka Mohd Omar, Pegawai APM Daerah Bandar Baharu LT.(PA) Abdul Rahim Bin Khairuddin, Penghulu- penghulu Mukim, Ketua penolong Jurutera Pejabat Daerah Bandar Baharu.
Semoga sumbangan bantuan tunai ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mangsa-mangsa yang terjejas akibat bencana dan seterusnya memberi semangat serta kekuatan kepada mereka dalam menghadapi ujian seperti ini.