Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan (BWI) Bencana Banjir Daerah Langkawi Tahun 2023

Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan (BWI) Bencana Banjir Daerah Langkawi Tahun 2023

20 Februari 2023 (Isnin) :
Telah berlangsung Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan (BWI) Bencana Banjir Daerah Langkawi Tahun 2023 bertempat di Auditorium APM. Turut hadir Y.Bhg. Pegawai Daerah Langkawi, Yang Berusaha Penolong Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Kedah, Yang Berusaha Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi dan wakil-wakil Ketua Jabatan di Daerah Langkawi.
Seramai 115 orang penduduk Langkawi telah layak menerima bantuan berkenaan yang telah disalurkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melalui pihak ICU Negeri Kedah.