MAJLIS PENYERAHAN BARANGAN PEMBERIAN KURNIAAN KELUARGA DIRAJA SULTAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN SEMPENA SAMBUTAN BULAN RAMADAN TAHUN 1444H/2023M BAGI DAERAH PENDANG

MAJLIS PENYERAHAN BARANGAN PEMBERIAN KURNIAAN KELUARGA DIRAJA SULTAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN SEMPENA SAMBUTAN BULAN RAMADAN TAHUN 1444H/2023M BAGI DAERAH PENDANG

PENDANG – 29 MAC 2023 (RABU) MAJLIS PENYERAHAN BARANGAN PEMBERIAN KURNIAAN KELUARGA DIRAJA SULTAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN SEMPENA SAMBUTAN BULAN RAMADAN TAHUN 1444H/2023M BAGI DAERAH PENDANG
Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Encik Nasrun bin Dato’ Mohd Sheriff, AMK.,BCK. Pegawai Daerah Pendang dan diiringi dengan Puan NorFazni binti Mustaffa.,BCK. Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Encik Mohd Zhafri bin Dato’ Haji Mohd Zohdi, Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Daerah) bertempat di Pekarangan Pejabat Daerah dan Tanah Pendang bermula pada jam 9.00 pagi.
Seramai 100 orang penerima yang dipilih menerima sumbangan Kurniaan Keluarga Diraja Sultan Negeri Kedah yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan Pegawai Daerah Pendang. Kurniaan ini melambangkan keperibadian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Kedah yang sentiasa cakna dan prihatin terhadap golongan rakyat yang memerlukan bantuan.