MAJLIS PENYERAHAN PROJEK KAMPUNG ANGKAT MADANI DAN SEKOLAH ANGKAT MADANI
KUALA MUDA, 14 Februari 2026 (Sabtu) – Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Ybhg. Dato’ Seri Mohd Sayuthi Bin Bakar telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat Madani dan Sekolah Angkat Madani yang diadakan di Dewan MPSPK Tikam Batu Sungai Petani Kedah Darul Aman.
Majlis ini bertujuan menyempurnakan penyerahan rasmi projek Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI kepada pihak penerima sebagai simbol komitmen kerajaan dalam memperkasa pembangunan komuniti pendidikan dan memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara agensi kerajaan, pihak sekolah, komuniti kampung serta rakan kolaborasi ke arah pembangunan sosioekonomi yang mampan serta meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui pelaksanaan projek yang memberi impak langsung kepada kemudahan asas, pendidikan, kebajikan dan kualiti hidup penduduk setempat.
Selain itu, mengiktiraf peranan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek termasuk agensi pelaksana, pemimpin komuniti, pihak sekolah dan sukarelawan serta mewujudkan jaringan kerjasama berterusan bagi memastikan projek yang diserahkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan diselenggara dengan baik demi manfaat jangka panjang.
Turut hadir bersama dengan majlis ini ialah Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal) En. Mohd Afiq Bin Md Saad, Pegawai-Pegawai Jabatan, Penghulu-Penghulu Mukim dan Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.



Views Today : 1446
Total views : 4333528



