MAJLIS PERASMIAN KESINAMBUNGAN AMANAH “MEMPERKASAKAN PERANAN MKK DUN PANTAI MERDEKA 2026”
KUALA MUDA, 14 Februari 2026 (Sabtu) – Pegawai Daerah Kuala Muda Tuan Azmin Bin Zainol Abidin telah mempengerusikan Majlis Perasmian Kesinambungan Amanah “Memperkasakan Peranan MKK Dun Pantai Merdeka 2026” yang telah diadakan di Pantai Merdeka Resort Sungai Petani Kedah Darul Aman.
Majlis ini bertujuan merasmikan program kesinambungan amanah sebagai platform memperkukuh peranan Majlis Ketua Kampung (MKK) dalam pembangunan komuniti di DUN Pantai Merdeka dan memantapkan fungsi MKK sebagai penghubung utama antara rakyat dan pihak kerajaan dalam menyampaikan maklumat, dasar inisiatif semasa serta meningkatkan kecekapan kepimpinan MKK melalui penekanan terhadap tadbir urus yang telus, berintegriti dan berfokuskan perkhidmatan kepada masyarakat.
Selain itu juga, ia dapat memperkukuh kerjasama strategik antara MKK, agensi kerajaan, pemimpin tempatan dan komuniti bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih efektif serta mengiktiraf peranan dan sumbangan MKK sebagai pemangkin pembangunan luar bandar serta ejen perubahan dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat.




Views Today : 1447
Total views : 4333529



