MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM “JENIANG DESTINASIKU” SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN PERINGKAT DAERAH KUALA MUDA TAHUN 2025
KUALA MUDA, 30 Jun 2025 (Isnin) – Pegawai Daerah Kuala Muda Tuan Azmin Bin Zainol Abidin telah merasmikan Majlis Perasmian Penutup Program “Jeniang Destinasiku” Sempena Hari Bertemu Pelanggan Peringkat Daerah Kuala Muda Tahun 2025 di Dewan MPSPK Pekan Jeniang Sungai Petani Kedah Darul Aman.
“Jeniang Destinasiku” telah membuka mata ramai pihak terhadap keunikan yang ada di sini daripada keindahan alam semulajadi, hasil tani dan produk usahawan tempatan, hinggalah kepada semangat komuniti yang begitu jitu. Ini wajar dijadikan pemangkin kepada inisiatif pembangunan sosioekonomi luar bandar yang mampan. Program sebegini bukan sahaja mendekatkan agensi kerajaan dengan masyarakat setempat, bahkan turut menjadi platform mempromosi potensi pelancongan, produk tempatan, dan warisan budaya di kawasan Jeniang khususnya.
Pendekatan Hari Bertemu Pelanggan yang turut dilaksanakan bersekali, sebagai tanda komitmen jabatan dan agensi kerajaan untuk terus mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan, mendengar suara rakyat serta menyelesaikan isu-isu di akar umbi secara terus dan mesra. Semoga usaha seperti ini diteruskan dari semasa ke semasa, bukan sahaja di Jeniang malah di seluruh kawasan Daerah Kuala Muda, demi memastikan pembangunan yang bersifat inklusif dan menyeluruh.
Turut hadir bersama dengan majlis ini ialah Penolong Pegawai Agama Daerah Kuala Muda YBrs Tuan Syeikh Mohammad Ammar Najdi Bin Mohamad, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) En Abdullah Sanie Bin Adnan, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal) En. Mohd Afiq Bin Md Saad, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran dan Kewangan) En Muhd Hairee Bin Mohkatar, Wakil Jabatan Pendaftaran Daerah Kuala Muda, Wakil Jabatan Pengangkutan Jalan Daerah Kuala Muda, Wakil Jabatan Perhilitan Daerah Kuala Muda, Pegawai-Pegawai Jabatan, Penghulu-Penghulu Mukim dan Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.

