MAJLIS PERASMIAN PROGRAM BAKTI SISWA PERDANA KEDAH 2024 DUN BANDAR BAHARU

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM BAKTI SISWA PERDANA KEDAH 2024 DUN BANDAR BAHARU

12 OGOS 2024 ( ISNIN )

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM BAKTI SISWA PERDANA KEDAH 2024 DUN BANDAR BAHARU
Majlis Perasmian Program Bakti Siswa Perdana Kedah Dun Bandar Baharu 2024 telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK.,BCK. Pegawai Daerah Bandar Baharu, turut menyertai program ini, YB Roslan B.Hashim Ahli Parlimen Kulim/Bandar baharu, YB.Ts.Dr.Mohd Suffian Bin Yusoff Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Tuan Mohamad Izwan Bin Dato’ Paduka Mohd Omar dan Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Daerah) Tuan Zulfadzrin Bin Noor Din dan Ustaz Rohaizat bin Jaafar selaku Pengarah Program.
Program ini bermula pada jam 10.30 pagi.
Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh YB.Ts.Dr.Mohd Suffian Bin Yusoff Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kemudian dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK.,BCK. Pegawai Daerah Bandar Baharu dan majlis disusuli dengan Sesi penyerahan Mahasiswa dan Mahasiswi dari seluruh negara kepada keluarga angkat yang terpilih, seramai 29 orang pelajar ditempatkan dalam 11 buah keluarga angkat yang terpilih.
Turut hadir bersama dalam program ini ialah Tuan Imam Masjid Sg.Tengas, wakil-wakil ketua jabatan dan Penghulu Mukim Selama.
advanced-floating-content-close-btn