MAJLIS PERGURNIAN DAN SUMBANGAN PERSEKOLAHAN YAYASAN ANAK-ANAK YATIM SULTANAH HAMINAH TAHUN 2026

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

MAJLIS PERGURNIAN DAN SUMBANGAN PERSEKOLAHAN YAYASAN ANAK-ANAK YATIM SULTANAH HAMINAH TAHUN 2026

 

KULIM, 06 Januari 2026 (Selasa) – Merafak sembah dan setinggi-tinggi menjunjung kasih kepada Yang Maha Mulia Hajah Haminah binti Haji Hamidun, Che Puan Besar Kedah kerana telah sudi berangkat menyempurnakan Majlis Pengurniaan Sumbangan Persekolahan Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah.Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Rosli bin Awang, Pengarah Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah, YBrs. Tuan Mohamad Rizal bin Mohamad Radzi Pegawai Daerah Kulim serta wakil-wakil jabatan dan agensi berkaitan iaitu Polis Diraja Malaysia Daerah Kulim. Pejabat Agama Daerah Kulim serta Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Kedah Daerah Kulim serta Penghulu-Penghulu Mukim Daerah Kulim dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Kulim.Seramai 30 orang anak-anak yatim terpilih dari Daerah Kulim menerima Sumbangan Persekolahan Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bekerjasama dan menjayakan majlis ini.
advanced-floating-content-close-btn