MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DAN AMANAT PEGAWAI DAERAH KULIM – SEPTEMBER 2026

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DAN AMANAT PEGAWAI DAERAH KULIM – SEPTEMBER 2026

 

Kulim | 7 September 2026 – Majlis Perhimpunan Bulanan dan Amanat Pegawai Daerah Kulim bagi bulan September 2026 telah diadakan pada jam 7.15 pagi tadi, bersama para Pegawai Tadbir Negeri Kedah Darul Aman (KCS) serta seluruh warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kulim.Perhimpunan bulanan dimulakan dengan Pemeriksaan Barisan, diikuti Bacaan Doa, Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Allah Selamat Sultan, Bacaan Ikrar Perkhidmatan Awam, Tazkirah serta seterusnya Ucapan dan Amanat Pegawai Daerah Kulim.Perhimpunan Bulanan Pejabat Daerah dan Tanah Kulim yang diadakan pada setiap bulan ini merupakan salah satu saluran rasmi dalam menyampaikan amanat, dasar serta hala tuju terkini daripada pihak pengurusan kepada seluruh warga pentadbiran PDT Kulim.Selain itu, perhimpunan ini turut menjadi wadah untuk menyemarakkan semangat kesetiaan kepada perkhidmatan awam melalui lafaz ikrar, di samping memperkukuhkan nilai integriti, tanggungjawab dan akauntabiliti dalam melaksanakan amanah serta tugas yang dipertanggungjawabkan.Semoga perhimpunan ini terus menjadi platform yang memperkukuhkan semangat kebersamaan, meningkatkan motivasi serta menyatukan tekad seluruh warga kerja PDT Kulim untuk terus memberikan perkhidmatan yang cekap, berintegriti dan terbaik kepada seluruh masyarakat di Daerah Kulim.Semoga kita semua sentiasa dirahmati dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT.Berkhidmat Dengan Amanah, Berintegriti dan Dedikasi.

advanced-floating-content-close-btn