MAJLIS PERSARAAN KAKITANGAN DAN PERTUKARAN PEGAWAI PEJABAT DAERAH DAN TANAH POKOK SENA

MAJLIS PERSARAAN KAKITANGAN DAN PERTUKARAN PEGAWAI PEJABAT DAERAH DAN TANAH POKOK SENA

POKOK SENA 12 MAC 2020 – Majlis pertukaran mantan Pegawai Daerah Pokok Sena En Nor Azman Bin Nordin dan persaraan mantan Ketua Pembantu Tadbir Pejabat Tanah Pokok Sena Encik Ismail bin Mat Nor telah diadakan di Sky Residence Menara Alor Setar.

Majlis bermula sekitar jam 8:45 malam yang disempurnakan oleh Pegawai Daerah Pokok Sena TUAN HAJI MOHD SHAHADAN BIN ABDULLAH. Kira-kira 70 orang daripada kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena menghadiri Majlis tersebut. Majlis berakhir sekitar jam 10 malam.