MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PERINGKAT DAERAH KULIM TAHUN 2025

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PERINGKAT DAERAH KULIM TAHUN 2025

 

KULIM, 16.04.2025 – Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ini telah diadakan di Perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Kulim pada 3.30 petang sehingga 6.30 petang. Majlis ini telah dihadiri oleh Ketua Jabatan  serta seluruh Kakitangan Kerajaan di Daerah Kulim. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran mantan Pegawai Daerah Kulim, Dato’ Haji Yusri bin Md.Daud serta Pengerusi SPA Negeri Kedah Darul Aman yang juga mantan Pegawai Daerah Kulim (Ybhg Dato’ Haji mohamad bin Che Nai.Turut serta dalam majlis tersebut Exco Kerajaan Negeri Kedah juga Adun Kawasan Merbau Pulas (YB Dato’ Hajjah Ustazah Siti Ashah binti Ghazali dan Adun Kawasan Lunas (YB Encik Khairul Anuar bin Ramli).

advanced-floating-content-close-btn