MAJLIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA DAERAH BANDAR BAHARU TAHUN 2023

MAJLIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA DAERAH BANDAR BAHARU TAHUN 2023

24 September 2023 ( AHAD )
Yang Berbahagia Dato’ Haji Elmi Bin Yusoff DSDK.,PSD.,PMW.,SDK.,AMK.,KAT.,AMN.,BCK., Pegawai Daerah Bandar Baharu telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia Daerah Bandar Baharu bagi tahun 2023, bertempat di Pekan Serdang, Bandar Baharu, Kedah.
Majlis dimulakan dengan ketibaan para tetamu jemputan dan disusuli dengan ketibaan Yang Berbahagia Dato’ Pegawai Daerah Bandar Baharu. Antara tetamu yang menghadiri sambutan tersebut ialah YB Roslan Bin Hashim, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Left Kol Khairudin Bin Mat Yusup, Pen.Pegawai Memerintah Betalion ke Dua Rejimen 513 Askar Wataniah mewakili Yang Berbahagia Panglima 6 Briged, DSP Azmi bin Mokhtar OCPD Bandar Baharu, ASP Ab. Rahim Bin Mohamad wakil rasmi Pegawai Pemerintah PGA Kulim, serta Ketua-ketua jabatan dan orang ramai.
Majlis diteruskan dengan Persembahan Pancaragam daripada Pasukan Pancaragam SMK Sultanah Asma Alor Setar serta diikuti nyanyian lagu Negaraku serta lagu Negeri Kedah. Pelbagai pesembahan yang diadakan antaranya; Pesembahan Kebudayaan daripada BKNK, Tarian Kebudayaan cina dari Persatuan Chin Aun Kok Tanjung Piandang , Silat daripada Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong, Tarian Inang oleh Trio Senang Tari, nyanyian lagu Zapin Mahligai Permata oleh penyanyi Duo PDBB serta Pertunjukan Gerak Gempur tanpa senjata dari Battalion ke-2 Rejimen 5.1.3 Askar wataniah.
Turut diadakan Persembahan Kemerdekaan seperti Sajak Dan syair Dari Pelajar tahun 2 & 3 Sek.Keb.Jalan Selama serta Pesembahan Koir oleh Kumpulan Koir Pejabat Daerah Bandar Baharu.
Seterusnya Perarakan membawa Bendera Malaysia dan Negeri- negeri, Perbarisan dan Perarakan daripada 20 Kontinjen yang bertanding di bawah kategori Jabatan Kerajaan Beruniform/ Tidak beruniform, Persatuan/MKK/Pertubuhan/NGO, Sek.Men Beruniform, Sek.Ren Dan Tadika yang bertemakan kemerdekaan.
Majlis perarakan diteruskan dengan perarakan dari Aset Jabatan/Agensi, Persembahan Akrobatik oleh Paramotor, dan Persembahan Gerak Gempur Tanpa Senjata PGA.
Majlis berakhir dengan sesi penyampaian Sijil dan hadiah bagi semua jabatan dan agensi yang terlibat dalam majlis perarakan.
Turut hadir dalam majlis sambutan ini adalah Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah) Tuan Fauzul Fitri Bin Dato’ Haji Abdul Rahman, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Tuan Mohamad Izwan Bin Dato’ Paduka Mohd Omar. Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Daerah) Tuan Zulfadzrin Bin Noor Din, Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) Cik Siti Nur Atikah binti Mokhtar serta semua kakitangan daripada Pejabat Daerah Bandar Baharu.
Terima kasih diucapkan kepada semua Jabatan Dan Agensi yang terlibat dalam menjayakan Majlis sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia peringkat Daerah Bandar Baharu bagi tahun 2023.