Masalah Pembuangan Sampah Haram Selesai di Kubang Pasu

Masalah Pembuangan Sampah Haram Selesai di Kubang Pasu

JITRA 07 Dis – Majlis Perbandaran Kubang Pasu telah berjaya menyelesaikan isu masalah Pembuangan sampah haram di Kampung Hutan Terabak Mukim Gelong(Sebelah MRSM). Pihak Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu mendapat aduan daripada orang awam berkenaan masalah tersebut dan telah mengambil tindakan dengan berhubung dengan pihak Majlis Perbandaran Kubang Pasu. Operasi pembersihan telah dijalankan pada 05 Disember 2019 (Khamis) yang lalu. Pihak Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak MPKP kerana telah menyelesaikan masalah yang dihadapi. Diharap selepas ini tiada lagi pembuangan sampah di kawasan tersebut.