Menteri Besar Kedah mempengerusikan mesyuarat Exco di Daerah Sik

Menteri Besar Kedah mempengerusikan mesyuarat Exco di Daerah Sik

SIK –  10 Jun 2020 -Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor mempengerusikan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) di Pejabat Daerah Sik.

Mesyuarat yang diadakan setiap minggu pada hari Rabu tersebut diadakan di daerah Sik merupakan hasil inisiatif Menteri Besar sendiri memilih tempat tersebut sebagai daerah pertama untuk diadakan mesyuarat selain di Wisma Darul Aman, Alor Setar seperti kebiasaannya.

Beliau memilih daerah Sik kerana daerah ini lebih sinonim sebagai daerah tempat kelahiran beliau iaitu di Kampung Sungai Pau, Sik Kedah.

Mesyuarat yang pertama kali diadakan diluar Kota Setar pada hari ini sebagai permulaan kepada gerak kerja Menteri Besar Kedah setelah bertemu ketua-ketua jabatan, orang ramai, kunjungan hormat menteri dan mesyuarat yang diadakan sepenuhnya di Pejabat Menteri Besar di Wisma Darul Aman semenjak dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mei yang lalu disamping gerak kerja yang terbatas akibat pandemik COVID-19 dan arahan Pergerakan Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) oleh kerajaan persekutuan.

Selepas mesyuarat pada hari ini Menteri Besar dijangka akan mengadakan kunjungan ke rumah yang dilanda ribut di Kampung Paya Terendam dan Kampung Betong, Jeneri.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Paduka Ammar Dato’ Sheikh Mahmood Naim; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Isahak Murat; Penasihat Undang-undang Negeri, Nik Azhan Hakim Nik Mahmood dan barisan EXCO negeri Kedah.