MESYUARAT AGUNG BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DAERAH KUALA MUDA TAHUN 2026
KUALA MUDA, 12 Februari 2026 (Khamis) – Pegawai Daerah Kuala Muda Tuan Azmin Bin Zainol Abidin telah mempengerusikan Mesyuarat Agung Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Kuala Muda Tahun 2026 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Jeti Semeling Sungai Petani Kedah Darul Aman.
Mesyuarat ini diadakan untuk membentang dan mengesahkan laporan tahunan aktiviti serta pencapaian BSMM Daerah Kuala Muda bagi tahun 2025. Bahkan itu juga, membincangkan perancangan dan hala tuju program tahun 2026, termasuk aktiviti kemanusiaan, kesukarelawanan, latihan pertolongan cemas dan kesiapsiagaan bencana serta memperkukuh kerjasama strategik bersama agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti setempat dalam melaksanakan misi kemanusiaan.
Selain daripada itu, meningkatkan komitmen dan penglibatan ahli, khususnya dalam aspek disiplin, latihan berterusan dan pemantapan organisasi di peringkat daerah serta membincangkan usul-usul dan cadangan penambahbaikan demi memperkasakan peranan BSMM Daerah Kuala Muda selaras dengan prinsip-prinsip asas Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa.



Views Today : 1447
Total views : 4333529



