MESYUARAT EXCO KERAJAAN NEGERI KEDAH
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KULIM, 28 Oktober 2026 (Rabu) – Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman (EXCO) telah berlangsung pada hari ini bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Kulim.
Pegawai Daerah Kulim telah menyambut ketibaan YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah Darul Aman, bersama-sama YB Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, serta barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman (EXCO).
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Kedah ini merupakan platform penting untuk membincangkan pelbagai perkara berkaitan pentadbiran, pembangunan dan hal ehwal negeri bagi memastikan kelancaran urusan kerajaan serta kesejahteraan rakyat Kedah Darul Aman.Penganjuran mesyuarat di Daerah Kulim ini mencerminkan pendekatan turun padang Kerajaan Negeri dalam memperkukuh hubungan antara kepimpinan negeri, warga pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Kulim serta masyarakat setempat. Selain itu, pendekatan ini turut memberi peluang kepada YAB Menteri Besar, barisan EXCO dan pegawai kanan kerajaan negeri untuk meninjau serta memahami secara lebih dekat isu, cabaran dan keperluan pembangunan di peringkat daerah.Pejabat Daerah dan Tanah Kulim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman serta YB Setiausaha Kerajaan Negeri atas pemilihan Daerah Kulim sebagai lokasi mesyuarat pada kali ini.Semoga penganjuran mesyuarat ini dapat terus memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Negeri dan pentadbiran daerah demi memastikan agenda pembangunan berjalan lancar serta kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.






Views Today : 961
Total views : 4765331



