Mesyuarat Jawatankuasa Induk Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2021.

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2021.

Bandar Baharu – 14 Julai 2021

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Majlis Bersama Jabatan (MBJ) ini diadakan secara dalam talian melalui Aplikasi Zoom Meeting pada jam 2.30 petang dan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato’ Paduka Ammar bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim, DPSS., DSDK., JSD., SSS., AMK., AMN., BCK., Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.
Pegawai Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK turut menyertai mesyuarat ini secara dalam talian di Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.
Selain itu, mesyuarat ini juga turut disertai oleh wakil YDP Majlis Daerah Bandar Baharu, Ketua Pembantu Tadbir (Unit Pemodenan Tadbiran) dan Pembantu Tadbir (Unit Pentadbiran) Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu di lokasi masing-masing.
Mesyuarat dimulakan dengan aluan oleh Yang Berhormat Dato’ Paduka Pengerusi dan disusuli dengan pembentangan Keaktifan Mesyuarat Bersama Jabatan (MBJ) 2019/2020 dan perbincangan isu-isu utama yang dibawa ke peringkat negeri oleh wakil Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat, Pejabat SUK Negeri Kedah.
Mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan pembentangan Taklimat Penetapan Peranan dan Aliran Kerja Sub Modul MBJ HRMIS daripada wakil Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat SUK Negeri Kedah serta perbincangan hal-hal lain.
Mesyuarat turut mengambil maklum senarai jabatan-jabatan yang telah melaksanakan Mesyuarat MBJ Suku Tahun Pertama Tahun 2021.
Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu serta Majlis Daerah Bandar Baharu kedua-duanya telah melaksanakan Mesyuarat MBJ Suku Pertama Tahun 2021 masing-masing pada 25 Mac 2021 yang lalu.
Turut serta dalam mesyuarat secara maya ini ialah Ketua-ketua / wakil-wakil jabatan Negeri Kedah, Pegawai-pegawai Daerah Negeri Kedah, Yang Dipertua Pihak-pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah dan Ketua-ketua Badan Berkanun / Agensi Negeri Kedah yang berkaitan.