Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Daerah Bandar Baharu Khas Isu Covid-19 Bil.3/2020.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Daerah Bandar Baharu Khas Isu Covid-19 Bil.3/2020.

28 Oktober 2020 (Rabu)
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Daerah Bandar Baharu Khas Isu Covid-19 Bil.3/2020.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.
Ahli-ahli mesyuarat diberikan taklimat berkenaan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan lain-lain perkara berkaitan Covid-19 oleh wakil dari Majlis Keselamatan Negara Negeri Kedah.
Turut dibentangkan berkenaan situasi terkini Covid-19 di Daerah Bandar Baharu oleh Pegawai Kesihatan Daerah Bandar Baharu.
Mesyuarat juga turut mengambil maklum berkenaan laporan pemantauan dan penguatkuasaan pematuhan SOP Covid-19 oleh wakil Ibu Pejabat Polis Daerah Bandar Baharu serta persediaan pengagihan bantuan oleh JKM Daerah Bandar Baharu.
Turut hadir ialah YB Dato’ ADUN Bandar Baharu, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) ,Ketua-ketua /wakil Jabatan Daerah Bandar Baharu dan semua Penghulu Mukim Daerah Bandar Baharu.
🖱Portal                 : https://webpdt.kedah.gov.my

💻Facebook Page : https://www.facebook.com/pdtbbserdang